Buat adinda Nina,
detik masa terus berlalu,
tanpa sedar ia terus pergi,
dari sehari ke sehari,
pepohon yang tua layu dan mati,
air yang mengalir mula terhenti,kering!
menandakan usia kita semakin tinggi.
masihkah kau terlintas,
saat abah pergi menjauhi,
kau menangis disisi,
lemah tiada erti,
tapi kini kau teguh berdiri,
kau telah dewasa,
dengan azam yang tinggi,
kau berjuang tanpa peduli,
kejayaan semakin menghampiri.
biar badai melanda antara kita,
ia akn tenang seperti sediakala,
kita sedarah sekeluarga,
tiada apa memisahkan kita,
air dicencang tiada kan putus,
kita sekeluarga bahagia terus,
kedewasaan menghampirimu,
teringat aku diwaktu dahulu,
selalu dikau ingin mengikut,
walaupun aku kekadang semput,
engkau adik bongsuku,
sebelum erin keluar ke dunia,
akulah tempat dikau bermanja,
mencari kenyang tika lapar n dahaga.
akulah kekandamu,
sentiasa ada disitu,
terus menanti dan membatu,
agar bisa terus membantu,
membimbing menegur dikala perlu,
kerana dikau adindaku...
SELAMAT HARI JADI YANG KE 17
NORAINI HANINA BINTI NOR AINI
(hadiah ko dah beli, nnt tggu post sampai)


merepek aku tuk adik aku...
ReplyDeletetgu dgn senyuman ye
ReplyDelete